Catatan buat kenangan.🥹🥺
1. 22 September 2025 dapatkan rawatan di Klinik swasta. Dapat surat refer ke hospital disebabkan beberapa masalah kesihatan terutamanya jaundice.
Sebelum jaundice, mak sentiasa keletihan, tiada selera makan, kadang kadang terasa sakit di bahagian ulu hati, masalah kegatalan, dan penurunan berat badan.
2. 23 September 2025 check in hospital.
3. 28 September 2025 - first ERCP
4. 29 September keluar hospital
Keadaan mak bila keluar hospital alhamdulillah makin sihat. Tiada lagi jaundice, badan pun makin kuat dan bertenaga. Makan berselera dan mak juga dah boleh memasak menu yang simple.
5. 3 Jan 2026 check in hospital lagi untuk pembedahan ERCP kali ke 2.
6. 4 Jan 2026 - Pembedahan ERCP kali ke 2 berjalan dengan lancar. Alhamdulillah.
7. 6 Jan 2026 - Keluar hospital
Alhamdulillah raya tahun ini mak kelihatan lebih sihat, cuma terpaksa pakai spek hitam bila keluar rumah sebab baru operate mata (katarak).
8. 4 April 2026 - Warded hospital (ERCP ke 3 dari plastic ke metallic sten)
9. 5 April 2026 - Keluar hospital (malangnya tak boleh proceed untuk pembedahan ERCP metallic sten sebab ketumbuhan makin membesar)
10. 7 Jun 2026 - Masuk hospital sebab badan mak terlalu lemah. Tiada selera makan.
11. 12 Jun 2026 - Keluar hospital. Sepanjang berehat di rumah, keadaan kesihatan mak semakin merosot. Makan tak berselera. Mak hanya banyak terbaring, tidur. Hanya bangun untuk makan, ke tandas, dan untuk solat.
12. 15 Jun 2026 - Masuk hospital ( Procedure PTBD)
Nampak berselera betul mak sarapan roti ye. Alhamdulillah. 😆
13. 18 Jun 2026 - Alhamdulillah pembedahan PTBD berjalan lancar.
14. 21 Jun 2026 - Keluar hospital. Sepanjang di rumah, mak masih gagahkan diri untuk ke tandas dengan bantuan anak anak. Kuat sangat mok😭
15. 26 Jun 2026 - Bawak pergi hospital. Keadaan sangat lemah. Tiada selera makan, hanya minum air suam dan buah sahaja. Kaki, tangan sembap. Perut keras dan kembung.
16. 2 July 2026 - Keluar hospital. Sambung berehat di rumah. Alhamdulillah ramai saudara mara dan sahabat sahabat mak datang ziarah mak yang sakit. Terima kasih buat semua yang datang ziarah mak, bagi mak semangat.
Sepanjang berehat di rumah, mak banyak minum air suam, minum susu, makan buah (fav mak buah tembikai) Sarapan mak 2, 3 ketul laksam.
17. 13 July 2026 - Mak payah nak menelan. Suap laksam pun, mak buang semula. Minum air pakai straw masih boleh tapi malamnya dah tak boleh minum guna straw. Terpaksa minum air guna sudu.
18. 14 July 2026 - Mak pergi buat selama lamanya pada 10:20 pagi. 😭 Allahuakhbar. Innalillahi wainna ilaihi rojiun.
Al fatihah syurgaku yang sentiasa dirindui selalu, Fatimah Binti Sulong. 😭😭😭
P/s : Sebenarnya banyak nak diceritakan, tetapi biarlah semuanya menjadi kisah perit yang disimpan di hati yang paling dalam.













0 Komen untuk "Titik Terendah Seorang Anak. Alfatihah Fatimah Binti Sulong"