Assalamualaikum
Lama sangat sangat tak update blog. Tiada hujan tiada ribut, tiba tiba datang kembali semangat nak update blog (tiba²🤣)
Jom kita update laju laju sementara tengah rajin. Kang bila datang mood malas, 10 tahun kemudian baru update lagi hihi.
Pengalaman 5 hari Menginap di RPP Pulau Pangkor
Nak ucap terima kasih sangat dekat Along sebab dah booking RPP di Pulau Pangkor untuk percutian kali ini.
Memang sangat selesa menginap di RPP Pulau Pangkor.
Harga murah.
Bilik besar.
Kediaman bersih.
Lokasi cun.
Tetapi, jangan happy dulu RPP. Haha.
Ada beberapa kejadian yang tak best.
1. Masa kitorang tengah ralit makan sambil tengok tv, tiba tiba Along menjerit. Aku yang terkejut, terus toleh ke belakang. Rupanya ada Cik Nyet join kitorang tengok tv😤🤣
2. Ada 1 malam, around pukul 7 malam - 8 malam macam tu, air tiba tiba takde.
Nasib baik sekejap je.
Meh nak belanja sikit gambar di RPP Pulau Pangkor.
Maaf korang, ada gambar nie je rupanya yang aku ambil di RPP Pulau Pangkor. Ini pun aku screenshot dari dalam video. 😬 Boleh la ye sebagai bukti kang nanti korang tak percaya pula aku menginap di RPP Pulau Pangkor🤣
Tak Bosan Ke Bercuti 5 hari 4 malam di Pulau Pangkor?
1. Since aku memang suka bercuti di pantai, pulau etc, memang tak bosan langsung. Kalau yang tak gemar bercuti di pantai, pulau mungkin sebaliknya.
2. Ada banyak tarikan di Pulau Pangkor seperti Masjid 1000 Doa, Masjid 1000 Selawat, tapak bersejarah, dan banyak pantai cantik juga.
3. Nak makan pun senang. Ada banyak tempat makan. Makanan pun sedap-sedap. Korang boleh search di Google kemudian boleh cuba tempat makan yang mendapat banyak rating dan feedback yang positif di sana.
4. Setiap hari kitorang akan ronda ronda pulau naik motosikal. Wajib sewa motosikal tau. Senang nak bergerak kemana-mana. Pulau Pangkor pun bukan besar mana. Make sure pusing satu pulau ye.👍
5. Sekarang Pulau Pangkor dah dijadikan Pulau Bebas Cukai. Kitorang memang sakan membeli coklat di sana. Siap plan percutian seterusnya nak beli pinggan mangkuk pulak🤣
6. Makanan berasaskan sumber laut seperti kerepek ikan, sotong kering, etc dekat sana pun murah. Yang ni pun banyak kitorang beli. Nak lagi murah, beli terus dekat kilang diorang. Siap boleh rasa lagi.
![]() |
| Ni laksa popular di Pulau Pangkor |
Sorry la korang. Aku tak ambil banyak gambar pulak sepanjang dekat sana. So tak boleh nak selitkan sekali dengan gambar sambil bercerita.
Sejak dah malas update blog nie, aku dah malas ambil gambar. Banyak gambar selfie je🫢
Percutian di pulau kali ini agak pelik bin ajaib sikit. Biasanya kalau bercuti di pulau, tak sah kalau tak berendam dalam air. Mandi mandi di pantai itu aktiviti wajib.
Tapi kali ini memang tak mandi manda di pantai langsung 😬
Percutian kali ini lebih kepada makan makan - rehat dalam bilik - lepak depan tv - ronda ronda pulau - sedar sedar dah hari ke 5.
Itu sajalah perkongsian aku mengenai percutian kami di Pulau Pangkor baru baru ini. InshaAllah, sekiranya dipanjangkan umur dan ada rezeki lagi, kami nak bercuti lagi ke Pulau Pangkor.
Lagi lagi sejak Pulau Pangkor diisytihar Pulau Bebas Cukai ini. Asyik keluar masuk kedai coklat jela kitorang dekat sana😅
Sampai jumpa, Pulau Pangkor. 🏝



0 Komen untuk "Menginap di RPP Pulau Pangkor 5 hari 4 malam"