Perkongsian kali ini mengenai hotel hotel menarik sekitar Johor Bahru. Korang yang sedang merancang percutian atau mempunyai urusan perkerjaan di Johor Bahru, bolehlah jadikan perkongsian ini sebagai rujukan buat korang untuk menempah hotel dan penginapan sekitar Johor Bahru.
10 Hotel & Penginapan Menarik Johor Bahru
Untuk membuat tempahan hotel hotel di bawah, korang tekan je link agoda atau booking.com yang aku share disetiap hotel. Normally harga disetiap dua platform ini berbeza but ada kelebihannya yang tersendiri. Harga hotel dibawah merupakan harga pada awal bulan September 2023. Harga pula sentiasa berubah-ubah mengikut tarikh juga.
1. Thistle Johor Bahru
Hotel ini terletak kira-kira 3km sahaja dari Danga Bay. Terdapat bilik yang mempunyai pemandangan laut yang cantik. Pelbagai kemudahan disediakan di hotel ini termasuklah spa, sauna, kolam renang yang besar dan restoran.
Harga yang ditawarkan serendah RM199 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan. Sarapan pagi juga turut disediakan.
2. Pulai Springs Resort
Resort mewah ini terletak kira-kira 10km sahaja dari Paradigm Mall Johor Bahru. Resort ini menyediakan suite mewah yang boleh memuatkan kira-kira 8 orang penghuni. Kemudahan yang disediakan termasuklah waterpark, kolam renang yang luas, sauna, spa, aktiviti berkayak dan banyak lagi aktiviti menarik yang lain.
Harga yang ditawarkan serendah RM229 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. Sarapan pagi juga turut disediakan.
Tempah di booking.com sekarang
3. Holiday Inn Express & Suites
Penginapan ini terletak kira-kira 500m sahaja dari Stesen Bas Sentral Kotaraya. Terdapat bilik suites yang boleh memuatkan kira-kira 4 orang penghuni. Harga yang ditawarkan pula serendah RM233 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan dan jenis biilik yang ditempah.
4. Renaissance Hotel
Hotel mewah ini terletak kira-kira 7km sahaja dari Johor Bahru City Square. Pelbagai kemudahan turut disediakan di hotel ini seperti restoran, kolam renang yang luas, salon, sauna, spa, gym dan banyak lagi. Harga yang ditawarkan serendah RM500 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. Sarapan pagi juga turut disediakan.
5. Amansari Residence Resort
Resort ini terletak kira-kira 12km sahaja dari Johor Bahru City Square. Antara tarikan yang terdapat di sini ialah swimming pool, massage, spa, sauna dan cafe. Harga yang ditawarkan serendah RM138 sahaja tau. Harga bergantung kepada tarikh tempahan dan jenis bilik yang ditempah. Sarapan pagi juga turut disediakan.
6. Berjaya Waterfront Hotel
Hotel mewah ini hanya terletak kira-kira 6km sahaja dari Johor Bahru City Square. Hotel ini menyediakan banyak kemudahan & tarikan yang menarik seperti kolam renang yang besar, salon, restoran dan gim. Harga yang ditawarkan serendah RM179 sahaja bergantung kepada jenis bilik & tarikh tempahan.
7. New York Hotel
Hotel ini terletak kira-kira 2.5km sahaja dari Johor Bahru City Square. Antara tarikan di hotel mewah ini termasuklah kafe, restoran, salon, spa, sauna, gim dan juga kolam renang. Harga yang ditawarkan pula serendah RM150 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan dilakukan.
8. KSL Hotel & Resort
Hotel ini terletak di tengah bandar Johor Bahru iaitu kira-kira 7 minit sahaja pemanduan ke Johor Bahru City Centre. Banyak tarikan yang disediakan di sini termasuklah waterpark & kolam renang yang cukup besar. Antara tarikan lain ialah salon, kafe, restoran, gim, spa, sauna. Harga yang ditawarkan pula serendah RM199 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. Sarapan pagi juga turut disediakan.
9. Impiana Hotel Senai
Hotel ini terletak kira-kira 4km sahaja dari Johor Premium Outlet. Antara tarikan yang popular di hotel ini termasuk kolam renang luaran yang luas, restoran, poolside bar, gim, spa. Harga yang ditawarkan pula serendah RM211 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. Sarapan pagi juga turut disediakan.
10. Grand Paragon Hotel
Hotel mewah ini terletak di tengah bandar Johor Bahru. Berdekatan dengan tarikan sekitar bandar seperti KSL City Mall & Stadium Bandaraya. Antara tarikan menarik di hotel ini termasuklah massage, spa, sauna, gim, swimming pool, karaoke, kafe dan restoran. Harga yang ditawarkan serendah RM217 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. Sarapan pagi juga turut disediakan.
Ini sajalah perkongsian mengenai 10 hotel menarik di Johor Bahru yang dapat aku kongsikan dengan korang. Sebenarnya banyak lagi hotel-hotel mewah dan menarik yang lain yang terdapat di Johor Bahru. Semuanya bergantung kepada bajet korang juga la kan?
Akhir kata, selamat bercuti guys.
0 Komen untuk "10 Hotel & Penginapan Menarik di Johor Bahru "