Kalau korang nak merasai pengalaman dinner ikan bakar sambil layan karaoke ditepi tasik, bolehlah ke Restoran Tasik Idaman, Dengkil. Dah beberapa kali jugak datang ke Restoran Tasik Idaman dan pernah juga mencabar vokal sendiri karaoke di sana kahkah. Malu kita karaoke ditempat terbuka ini. Biasa karaoke indoor je. Nasib suara tak berapa nak sumbang sangat cuma tempo je lari sikit. \0/
Di Restoran Tasik Idaman,
korang boleh pilih samada nak menjamu selera di port atas air (tempat makan atas
tasik) atau di atas darat (depan pentas
karaoke). Aku dah makan diatas air dan di atas darat. Paling feel bila makan
atas air. Cuma nanti akan rasa
bergoyang-goyang sikit la. Kalau nak layan karaoke, boleh la pilih meja di depan
pentas karaoke.
Yang gian nak karaoke, boleh
lah menyumbangkan suara korang sekali. Manatahu nanti boleh jadi penyanyi
jemputan ke kan? Saya dah berjaya sumbangkan lagu Kerana - Alleycats
hahaha. Kalau tak silap harga untuk sebuah lagu RM2.00. Siap ada deejay yang sangat best lagi akan
menghiburkan korang.
Sambil makan, sambil korang dihiburkan dengan deejay &
suara merdu pengunjung. Nak tujukan lagu untuk yang tersayang pun
boleh.
Menu yang paling istimewa di
sini mestilah ikan bakar. So, kalau datang sini, wajib order ikan bakar tau.
Menu lain pun not bad.
Gambar dibawah ini merupakan antara feedback customer Restoran Tasik Idaman. Ramai customer yang kasi 5 bintang.\0/
Details mengenai Restoran
Tasik Idaman, korang boleh follow diorang di,
Selamat menjamu selera & karaoke santai di Restoran Tasik Idaman guys!
15 Komen untuk "Layan Ikan Bakar & Karaoke Santai di Restoran Tasik Idaman"
done follow sini.hehe
Ikan tu nampak menyelerakan.. ;)
aaaaaaaaaaa semua so menggiurkan T_T
sotong tu and ikan tu and wooooo dapnyaaaaaa
p.s. ada orang tu di listkan blogger terkacak la huhuhuhu
mungkin boleh cuba nanti
Wah review dari orang ramai pun bagus juga
thank you yaya =D
aku kalau nak karoke indoor pun malu, outdoor memang tak la jawabnya..bagi 100 pun tak nak..haha
Mohon telan air liur hehe
haha keluar air liur x ?
Selamat mencuba =D
Ramai orang kasi 5 bintang hehe
kalau suara sedap xpayah malu la bro haha
singgah sini.. banyak pilihan dan semua nampak sedap.
kalau singgah putrajaya boleh la ke sini
okey tetiba jadi lapar bukak entry ni malam malam buta. btw done follow blog ni ;)
sedapnya tu