Shout to my eyes

Entri Terbaru Apih Apijo

Saya Menang Cabutan Bertuah RM15 000.00

Hai. ( Lambai-lambai tangan gaya diva )

Dah Lama kan tak update blog nie. Kecian saye bz skunk. Takde mase nak update pung. Takde idea nak update jugak. Takde mood nak menulis pung ade. Hihi.

Tapi, tak update pun ade lagi yang sudi nak masuk blog, komen entri n then follow kan. Sangat terharu diri ini. Tens semua. Hihi lagi skali.

Tadi aku mendapat mesej dari someone yang aku tak kenal . Mesej tu berbunyi camnie,

 

“ TAHNIAH sim –card anda telah BERJAYA MEMENANGI Promosi Cabutan Bertuah RM15,000.00 DARI:COCA COLA NO CEK : 331456 untuk info sila call HJ.AZLAN di talian 012 8698996 ”

 

Ha!!! Aku yang baru bangun tido nie ape lagi. Terus bersorak kuat-kuat dalam bilik pastu baling nset burukku ke dinding. Lima belas ribu kot. Nanti boleh beli black berry 12 bijik lagi kalau nset yang aku baling tadi rosak. lol.

Haha.

 

Untuk pengetahuan korang, ini bukan kali pertama aku dapat mesej camnie. Beberapa kali jugak la aku menang cabutan bertuah yang berbelas-belas ribu nie. Maknanya aku nak kata aku dah boleh beli kete Myvi 2 bijik la skunk kan? Haha. :p

Tapi, salah aku cuma satu. Aku tak pernah pun call no yang tertera tu. Bodoh ke aku? Atau aku nie jenis tak kisah la setakat 15 ribu je pun. Aku dapat PTPTN 19 ribu kot. Harhar.

Korang pun mesti selalu kan dapat mesej camnie kan? So apa reaksi korang? Adakah korang cepat-cepat p dail no yang tertera pastu tuntut 15 ribu korang tu pastu boleh shoping kat The Mines ke, MidValley ke, Times Square ke. Camtu ka?

 

Kepada Hj. Azlan , saya neves la nak call Hj. Saya takde kredit lagi. Hj. dahla pakai no maxis. Mahal taw. Nanti mesti nak cakap lama-lama ngan Hj. Nak tanya no akaun la. Nak wat urusan transfer duit 15 ribu la. Nak tanya alamat rumah la. Hahaha.

So, Hj. tak payah la tunggu panggilan dari saya. Duit 15 ribu tu, Hj. bagi derma jela kat anak-anak yatim ke, kat rumah kebajikan ke. Nak derma masjid pun tape. Saya halalkan.

 

Terima kasih. :)

 

 

 

21 orang mengomen:

cik pieja hut said...

betul , penah gak dapat mesej tuh . tapi ta hiraukan la . kang nipu je kejenyee

nancypoh said...

Haha...taktik kuno yang masih berkeliaran di mana2..tp masih juga bnyak tipah tertipu...huhu..

RazFiRa said...

baik nye hati derma kat Hj Azlan.. hahaha

hafiz hafizol said...

cik pieja : haha. acu try call Hj tuh.. :p

nancypoh : haha. macam2..

razfira : sy mmg baik pong. hak3 #perasang

..cik gugu.. said...

haha ptptn lg byk tu .. hahah

nur amalina athman said...

penah dpt dan abaikan...haha..:)

yad'z said...

untunglarrr abam pejol dah kaya.. hahahahaa... =P

memang frust kan kalau dapat mesej cam tu. huuu~

Rozuan Ismail said...

pergh,semua tuh tak leh caya

Boni JLL3 said...

hahaha..bro..call je lah..kalau dia ajak jumpa, bawak polis sekali..takpun bagi nombor tu kat polis

lisa said...

mesej buang krdit je bg kat kite. haha manusia dah bijak dah skrg, tak menjadi taktik menipu tu -_-

NAL said...

NAL pernah dpt juga msg mcm tu, x layan..dpt2 terus delete..lebih baik hj pegi wat haji lagi.. :)

Syafiq Ahadin said...

cuba bawa nombor tuu kat celcom/maxis center, try track number tuu....
then, report! yeah!

Cik Apa Saja said...

ngahahahaha...bru pas dpt msg tu...hrtu dpt email..ckp sy akan dpt hrte muarmar gaddafi...sabo je la...huhu

AzwanRamli said...

rajen buleh kol...menang rm 4000...

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

hahaha, tipudaya semata2 kan? hulamakkkk....

Denaihati said...

cantik betul no hp HJ.AZLAN tu. buat rosak nama haji2 yg lain je.

sha my heart said...

bak saya je la.. haha~ bengonk.


biasanya dapat mesej tu dan padam. haha~ senang, tka payah nak fikir2 dah. Hehe~

aswadz said...

pernat dpt msg dr power root ckp aku mng something. padahal masa tu minum power root pun x pernah.

Miss Anis said...

penah je dpt tp xpenah kol..tkut kne tipu...

O CIKTEDDY said...

cett! cik penah menang 5 juta..hak3

Anonymous said...

hahaha.... saya baru dapat mesej tu tapi nama dah jadi mohd sofean ~ no phone dah tukar tapi no cek tetap sama ~ saya reply ~ meh nak ajar menipu skit...tukar la sekali no cek tuh...nak menipu bodoh macam gampang....hahahaha.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...